glitter-graphics.com


Tuesday 13 December 2011

RUMAH PANGSAPURI

Rumah pangsa - bangunan bertingkat yang mengandungi unit rumah berasingan. terdapat kemudahan asas seperti kedai, tempat letak kereta, tempat pembuangan sampah dan lif. rumah ini diklasifikasi sebagai rumah mampu milik. banyak terdapat di kawasan bandar raya seperti Kuala Lumpur.
 
 

RUMAH APARTMEN

Apartmen - bangunan bertingkat dengan unit rumah yang berasingan. keluasan unit rumah lebih luas berbanding rumah pangsa. kemudahan yang disediakan pemaju antaranya dewan, gimnasium, kolam renang, dobi dan kawalan keselamatan.
 

RUMAH BANGLO

Rumah bangl0 - dibina dengan setiap unit tidak bersambung antara satu sama lain. dengan erti kata lain, rumah banglo tidak berkongsi dinding dengan rumah yang lain seperti rumah teres. rumah banglo boleh dibina secara persendirian di atas tanah lot ataupun dibina oleh pemaju di kawasan perumahan.

RUMAH MODEN

Rumah Teres
Rumah teres/ berangkai - rumah yang dibina secara berbaris tetapi berkongsi dinding dengan rumah sebelah. dibina sekurang-kurangnya tiga unit. rumah jenis ini banyak terdapat di kawasan bandar dan pinggir bandar.
 

RUMAH MELAYU MELAKA

Rumah Tradisional yang dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat melayu berciri-ciri bumbung atap yang panjang dan tangga batu bersalut jubin.
Tangga batu merupakan ciri-ciri utama disamping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik.Halaman Rumah Tradisional ini biasanya dihias dengan pelbagai jenis bunga.


RUMAH KUTAI PERAK

 Rumah Kutai adalah satu bentuk senibina tertua di Negeri Perak, di mana ianya telah wujud lebih dari 100 tahun yang lalu. Jika dilihat kepada keunikan senibinanya, ternyata ia tidak dapat dipisahkan dari beberapa pengaruh senibina luar, terutama sekali pengaruh senibina Rumah Aceh dan Rumah Adat Bugis dari Sumatera. Namun begitu, beberapa ciri tertentu dalam senibina dan bahan-bahan strukturnya masih tetap dengan identitinya yang tersendiri, iaitu sebagai senibina penduduk tempatan Negeri Perak. Ciri-ciri khas ini terutamanya dapat dilihat pada ragam hias lebah bergantung dan penggunaan daun tepas berkelarai pada muka tebar layarnya. Selain daripada itu, penggunaan lantai jeria, struktur bumbung dengan sistem teknologi yang unik, bentuk pintu gelangsar dan bentuk tingkapnya yang tersendiri memang tidak pernah terdapat pada lain-lain unsur senibina Rumah Melayu Tradisional baik di Malaysia ataupun di kawasan serantau sebagaimana berikutnya:
  1. Tunjuk langit
  2. Titi tikus
  3. Lebah bergantung
  4. Kucing berlari
  5. Papan cantik
  6. Tanggam tebuk
  7. Tingkap bulat bermotif bunga
  8. Tingkap jenguk berkerawang dan berjeriji
  9. Papan kembung berukir kaki gajah

RUMAH PANJANG

Jenis rumah panjang biasanya mempunyai bilik-bilik tambahan. Di sebelah depannya ialah serambi dan di sebelah belakangnya pula ialah bahagian dapur.
Rumah panjang itu didirikan dengan bertiang tinggi supaya ia tidak terjejas oleh air bah (banjir). Pada zaman dahulu, ini juga merupakan satu cara untuk melindungkan rumah daripada diserang oleh musuh. Untuk masuk ke rumah itu, seseorang terpaksa menaikinya melalui tangga-tangga yang dibuatdari batang kayu.