glitter-graphics.com


Tuesday 13 December 2011

RUMAH PANGSAPURI

Rumah pangsa - bangunan bertingkat yang mengandungi unit rumah berasingan. terdapat kemudahan asas seperti kedai, tempat letak kereta, tempat pembuangan sampah dan lif. rumah ini diklasifikasi sebagai rumah mampu milik. banyak terdapat di kawasan bandar raya seperti Kuala Lumpur.
 
 

RUMAH APARTMEN

Apartmen - bangunan bertingkat dengan unit rumah yang berasingan. keluasan unit rumah lebih luas berbanding rumah pangsa. kemudahan yang disediakan pemaju antaranya dewan, gimnasium, kolam renang, dobi dan kawalan keselamatan.
 

RUMAH BANGLO

Rumah bangl0 - dibina dengan setiap unit tidak bersambung antara satu sama lain. dengan erti kata lain, rumah banglo tidak berkongsi dinding dengan rumah yang lain seperti rumah teres. rumah banglo boleh dibina secara persendirian di atas tanah lot ataupun dibina oleh pemaju di kawasan perumahan.

RUMAH MODEN

Rumah Teres
Rumah teres/ berangkai - rumah yang dibina secara berbaris tetapi berkongsi dinding dengan rumah sebelah. dibina sekurang-kurangnya tiga unit. rumah jenis ini banyak terdapat di kawasan bandar dan pinggir bandar.
 

RUMAH MELAYU MELAKA

Rumah Tradisional yang dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat melayu berciri-ciri bumbung atap yang panjang dan tangga batu bersalut jubin.
Tangga batu merupakan ciri-ciri utama disamping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik.Halaman Rumah Tradisional ini biasanya dihias dengan pelbagai jenis bunga.


RUMAH KUTAI PERAK

 Rumah Kutai adalah satu bentuk senibina tertua di Negeri Perak, di mana ianya telah wujud lebih dari 100 tahun yang lalu. Jika dilihat kepada keunikan senibinanya, ternyata ia tidak dapat dipisahkan dari beberapa pengaruh senibina luar, terutama sekali pengaruh senibina Rumah Aceh dan Rumah Adat Bugis dari Sumatera. Namun begitu, beberapa ciri tertentu dalam senibina dan bahan-bahan strukturnya masih tetap dengan identitinya yang tersendiri, iaitu sebagai senibina penduduk tempatan Negeri Perak. Ciri-ciri khas ini terutamanya dapat dilihat pada ragam hias lebah bergantung dan penggunaan daun tepas berkelarai pada muka tebar layarnya. Selain daripada itu, penggunaan lantai jeria, struktur bumbung dengan sistem teknologi yang unik, bentuk pintu gelangsar dan bentuk tingkapnya yang tersendiri memang tidak pernah terdapat pada lain-lain unsur senibina Rumah Melayu Tradisional baik di Malaysia ataupun di kawasan serantau sebagaimana berikutnya:
  1. Tunjuk langit
  2. Titi tikus
  3. Lebah bergantung
  4. Kucing berlari
  5. Papan cantik
  6. Tanggam tebuk
  7. Tingkap bulat bermotif bunga
  8. Tingkap jenguk berkerawang dan berjeriji
  9. Papan kembung berukir kaki gajah

RUMAH PANJANG

Jenis rumah panjang biasanya mempunyai bilik-bilik tambahan. Di sebelah depannya ialah serambi dan di sebelah belakangnya pula ialah bahagian dapur.
Rumah panjang itu didirikan dengan bertiang tinggi supaya ia tidak terjejas oleh air bah (banjir). Pada zaman dahulu, ini juga merupakan satu cara untuk melindungkan rumah daripada diserang oleh musuh. Untuk masuk ke rumah itu, seseorang terpaksa menaikinya melalui tangga-tangga yang dibuatdari batang kayu.



RUMAH TINGGI MALANAU

Rumah Tinggi Melanau merupakan rumah tradisi masyarakat Melanau dahulu kala. Ketinggian rumah ini adalah 10m dan keatas daripada permukaan tanah. Ini adalah kerana zaman dahulukala masyarakat hidup berpuak-puak dan peperangan antara kaum berlaku. Rumah tinggi melanau merupakan tempat yang paling selamat dari segi pertahanan. Ketinggiannya membolehkan ia tidak dapat di jolok dengan tombak dari permukaan tanah.

Disamping itu, keunikannya juga boleh dilihat dari segi struktur lantai rumah tersebut, sekiranya tuan-tuan berkunjung ke Kampung Budaya sarawak, tuan akan melihatnya sendiri. Struktur lantainya yang jarang, namun peliknya org yang berada dibawah rumah ini tidak akan dapat melihat pergerakan org yang berada di atas, tetapi org yang berada di atas dapat melihat jelas pergerakan orang bawah rumah. Ia adalah disebabkan oleh struktur susunan dan kombinasi lantai nibong yang unik. Keadaan ini, dipercayai membolehkan tuan rumah menyimbah musuh dibawah rumah dengan air panas dan ambuyat panas.

Dari segi tiangnya pula ia adalah diperbuat daripada batang balak kayu berlian yang mampu bertahan hingga 100 tahun dan lebih. Di Sarawak cuma terdapat 2 buah rumah tinggi Malanau yng masih wujud, pertama sekali di Kampung Budaya Sarawak dan keduanya di Kampung Sok, Matu, Mukah. Untuk mengetahui dan melihat sendiri keunikan dan lagenda anda bolehlah berkunjung ke Kampung Budaya Sarawak.

.

RUMAH MINANGKABAU

Rumah gadang (bahasa Minangkabau: 'rumah besar') adalah rumah adat Minangkabau. Gaya seni bina, pembinaan, hiasan bahagian dalam dan luar, dan fungsi rumah mencerminkan kebudayaan dan nilai Minangkabau. Sebuah rumah gadang berkhidmat sebagai sebuah tempat tinggal, sebuah dewan untuk mesyuarat keluarga, dan untuk aktiviti-aktiviti upacara. Dengan masyarakat matrilineal Minangkabau, rumah gadang dimiliki oleh para wanita pada keluarga yang tinggal di situ - kemilikan adalah dikirimkan dari ibu ke anak perempuan.
Rumah-rumah ada struktur lengkung bumbung yang dramatis dengan multi-tired, upswept gables. Tingkap bidai telah dibinakan ke dalam dinding dengan ukiran bunga dan banyak cat. Istilah rumah gadang biasanya merujukkan pada rumah komunal yang lebih besar, tempat tinggal berpisahan yang kecil mengongsikan banyak elemen-elemen gaya seni binanya.


Jenis-jenis Rumah Di Malaysia ( TOPIK 1 : Rumah dan Keluarga)

RUMAH MELAYU TRADISIONAL
Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan betapa mahir dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.
Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima.
Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam, Cina dan Barat.


FAKTOR CUACA
Faktor cuaca memainkan peranan dalam rekabentuk asas bangunan. Kekerapan hujan mengakibatkan rekabentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir. Kepanasan cuaca juga menyumbang kepada rekabentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angina dibahagian bawah rumah. Tidak cukup dengan itu, lubang angin dibahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan secara maksima.


SUMBER ALAM
Bahan binaan adalah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Kayu menjadi tunjang kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia/ nipah menjadi dinding dan atap.


BUDAYA, AGAMA DAN ADAT RESAM
Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat. Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri dan aktiviti keluarga.


PENGARUH ASING
Kehadiran penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada teknik seni bina Melayu. Sebagai contoh, zink dan atap genting telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah mengambil tempat kayu sebagai tiang, tangga dan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan akar sebagai penghubung/ pengikat. Pengaruh ini boleh dilihat secara positif dan negatif oleh umum, iaitu pertembungan dua unsur; praktikal dan seni.

 
JENIS-JENIS SENI BINA RUMAH MELAYU
Terdapat beberapa jenis rekabentuk tradisional dan campuran yang boleh dilihat diseluruh Malaysia. Secara amnya, rekabentuk ini diklasifikasikan mengikut rekabentuk bumbung iaitu; Bumbung Panjang, Bumbung Lima, Bumbung Limas dan Bumbung Perak. Rekabentuk ini boleh dilihat disegenap pelusuk tanahair. Untuk orang kebanyakan, rekabentuk Bumbung Panjang adalah yang paling popular oleh kerana keringkasan rekabentuknya dan penjimatan kos serta masa pembinaan.
Fokus artikel ini adalah kepada penggunaan rekabentuk Bumbung Panjang di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor